Untuk Sebarang Pertanyaan dan Cadangan

Mari Bersama Menghidupkan Warisan

Setiap karya bermula dengan sebuah pertemuan. Hubungi kami untuk meneroka peluang kerjasama, sokongan dan perjalanan bersama dalam memartabatkan seni budaya di Malaysia

Soalan Lazim ( FAQ )

Apakah Warisan Moraza ?

Warisan Moraza merupakan sebuah pertubuhan seni dan budaya yang memberi fokus kepada pemeliharaan, pembangunan dan pengkaryaan seni persembahan Melayu, khususnya dalam bidang teater, bangsawan dan industri kreatif. Melalui pendekatan inovatif, Warisan Moraza mengangkat warisan tradisi ke dalam bentuk persembahan yang lebih moden dan relevan.

Adakah Warisan Moraza menerima penyertaan artis atau bakat baharu?

Ya. Warisan Moraza sentiasa menyokong pembangunan bakat baharu dalam bidang seni persembahan melalui program latihan, bengkel, produksi dan peluang penglibatan dalam projek seni.

Apakah fokus utama Warisan Moraza?

Fokus utama Warisan Moraza adalah:

  • Mengangkat seni persembahan Melayu

  • Memperkasa seni bangsawan melalui pendekatan Neo Bangsawan

  • Menghasilkan produksi teater berkualiti tinggi

  • Membina bakat baharu dalam bidang seni

  • Memperluaskan jaringan kerjasama budaya di peringkat nasional dan antarabangsa

Adakah Warisan Moraza hanya memfokuskan teater bangsawan?

Tidak. Selain teater bangsawan, Warisan Moraza turut terlibat dalam pelbagai bidang seni dan budaya termasuk persembahan kreatif, festival budaya, program komuniti, pendidikan seni dan pembangunan industri kreatif.

Bagaimana untuk bekerjasama dengan Warisan Moraza?

Kami terbuka untuk kerjasama dalam pelbagai bentuk seperti:

  • Penajaan

  • Rakan strategik

  • Kolaborasi seni

  • Program kebudayaan

  • Aktiviti komuniti

  • Pembangunan bakat

Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Bagaimana organisasi atau syarikat boleh menjadi penaja?

Warisan Moraza menawarkan peluang kerjasama penajaan melalui pelbagai bentuk pakej yang memberi nilai kepada rakan strategik, termasuk penjenamaan, publisiti, aktivasi acara dan penglibatan bersama komuniti.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti Warisan Moraza?

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi dan platform media sosial Warisan Moraza.

Di manakah lokasi aktiviti Warisan Moraza dijalankan?

Warisan Moraza beroperasi di Perak dan menjalankan aktiviti seni serta budaya di pelbagai lokasi bergantung kepada jenis program dan produksi yang dianjurkan.