Teater Bangsawan Diraja : Beting Beras Basah 2025

PROGRAM UTAMA

Bermulanya Sebuah Hikayat, Terbitnya Sebuah Legasi

Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah I merupakan sebuah produksi agung yang mengangkat kembali kisah sejarah dan legenda asal-usul Kesultanan Perak melalui medium seni persembahan Bangsawan.

Diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak, karya ini menjadi kesinambungan usaha dalam memartabatkan seni teater tradisional Melayu dengan pendekatan baharu yang lebih segar, dinamik dan dekat dengan generasi masa kini.

Menggabungkan elemen lakonan, muzik, tarian, busana tradisional, sinografi kreatif serta teknologi pentas moden, Beting Beras Basah I membawa penonton menyusuri perjalanan sebuah negeri yang terbina daripada sejarah, perjuangan dan amanah warisan.

Sinopsis

Bermula di sebuah lokasi keramat yang dikenali sebagai Beting Beras Basah, sebuah tempat yang menjadi saksi kepada detik penting dalam sejarah Negeri Perak.

Di sinilah bermulanya perjalanan seorang pewaris yang membawa amanah besar dalam membina sebuah kerajaan yang bakal menjadi salah satu kesultanan tertua di Tanah Melayu.

Mengangkat kisah kedatangan Sultan Muzaffar Shah I, putera daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka, ke bumi Perak, pementasan ini menggambarkan perjalanan penuh cabaran dalam menegakkan sebuah pemerintahan yang berteraskan maruah, kebijaksanaan dan kesetiaan.

Namun, perjalanan membina sebuah kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan, konflik, pengkhianatan dan cabaran perlu ditempuhi sebelum sebuah legasi dapat ditegakkan.

Melalui kisah ini, penonton dibawa menyelami nilai kepahlawanan, kesetiaan rakyat kepada raja, serta semangat mempertahankan warisan yang menjadi asas kepada identiti Negeri Perak.

Barisan Pelakon

Kenali barisan pelakon yang menghidupkan setiap watak melalui lakonan yang penuh penghayatan. Dengan gabungan pengalaman, bakat dan dedikasi, mereka membawa kisah warisan ke pentas, menjadikan setiap pementasan sebuah pengalaman yang mengesankan buat para penonton.

Dokumentasi

Sorotan Pementasan Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah 2025